Welcome Guest [Log In] [Register]
SEARCH | ARCHIVE | MEMBERS LIST

ENGLISH | ESPAÑOL | FRANÇAIS | BAHASA INDONESIA | 日本語
VeryGoodDays.com
HOME
NEWS
FEATURES
Interviews
Stories
Song of the Week
Activities
Games
Polls
STEREOPONY
Biography
Discography
Lyrics
Tabs
FORUM
GALLERY
AFFILIATES
Very Good Days! Links
FACEBOOK
TWITTER
TUMBLR
YOUTUBE
The Journey of VGD Continues!

For over three years this forum served as the home for Stereopony fans all over the world. While we are saddened that the journey of Stereopony has ended, we at Very Good Days! must look forward as Aimi, Nohana, and Shiho start their new journeys. Like them, we will start a new journey too. This isn't the end; this is only the beginning.

Please join us on our new forum!
Very Good Days!



Add Reply
Temubual bersama Nipponproject
Topic Started: Aug 16 2011, 02:26 AM (358 Views)
amat_amit1
Member Avatar
AIMI's Funny Friend
PipPipPipPip
Berikut adalah temubual Nipponproject bersama Stereopony dimana soalan yang diajukan hampir sama dengan
soalan semasa Animenext. Klik sini untuk ke laman asal

Nippon Project: Pertamanya, sila perkenalkan diri anda kepada pembaca
Nippon Project?

Hello, kami adalah Stereopony!
Aimi: Saya Aimi, vokal dan gitar.
Nohana: Saya Nohana, bass.
Shiho: Saya Shiho, dram.

Bagaimana anda memilih nama Stereopony and apa maknanya pada anda?

Ia adalah nama rekaan. Kami menggabungkan perkataan "Stereo" yang pada kami mewakili imej 3 dimensi yang hebat, dan "Pony" yang memberi gambaran comel.

Bagaimana anda semua bertemu dan apa yang membuatkan anda bersetuju untuk
bekerjasama?

Terdapat satu studio muzik di Okinawa di mana semua peminat muzik berkumpul. Aimi dan Nohana bertemu di situ. Kemudian Aimi meminta Shiho untuk bermain dram, mereka berdua adalah rakan sekelas semasa di sekolah menengah.

Anda berasal dari Okinawa, Apakah pandangan anda tentang Tokyo? Adakah ia
telah berubah?

Aimi: Dulu saya berpendapat semua tempat di luar Okinawa adalah bandar besar, jadi saya berasa seperti berada di satu pesta besar semasa melawat Shibuya buat kali pertama. Saya juga berasa ia menakutkan. Tapi setelah berada selama setahun di Tokyo, ia seperti rumah kedua.

Artis mana yang menjadi inspirasi kepada anda untuk menceburi kerjaya ini?
Aimi: Yuki (Judy and Mary)
Nohana: Namie Amuro
Shiho: Agak sukar untuk memilih artis mana

Sebahagian dari lagu anda telah dipilih sebagai lagu tema kartun anime,
adakah anda rasa populariti anda telah meningkat kerananya?

Ya, kami merasakan begitu, lebih-lebih lagi di luar Amerika, dan kami bersyukur kerananya.

Adakah anda mengikuti mana-mana kartun anime atau komik manga?
Aimi: Sailor Moon.
Shiho: Dragon Ball
Nohana: Saya suka apa-apa komik manga dari Shojo ke Shonen.

Lagu mana yang memberi maksud paling mendalam pada anda?
Shiho: Hitohira no Hanabira, kerana ia merupakan lagu debut kami dan saya mempunyai perasaan istimewa terhadapnya. Kami menulis lagu itu sebelum debut kami dan selalu mempersembahkannya, jadi ia mengingatkan saya kepada kampung halaman di Okinawa.
Aimi: I do it juga lagu yang kami mainkan bersama YUI sebelum debut kami, jadi ia juga lagu bermakna pada kami

Kepada mereka yang baru kepada Stereopony, bagaimana untuk menerangkan muzik
anda?

Ia sukar untuk mendefinasikan muzik kami. Kami berharap orang ramai dapat merasa dan memahami imej dan muzik kami. Kami mahu mereka muzik "Stereopony".

Pada 9 Jun kamu telah menerbitkan album terbaru berjudul "OVER THE BORDER"
bolehkan anda menceritakan serba sedikit mengenainya?

Dengan album baru ini, kami berpendapat kami dapat meluahkan muzik kami dengan lebih lagi. Kami juga seronok kerana berpeluang untuk kembali semula ke Amerika dan diberi peluang untuk membuat persembahan di Animenext pada masa album ini diterbitkan di Jepun.

Berapa lama masa diperlukan untuk menulis dan merakam album ini?
Menulis album ini mengambil masa yang lama, dan kami tidak pasti berapa lama masa diambil, tapi masa merakam adalah selama satu bulan.

Adakah ia akan didapati di Itunes?
Kami berharap begitu!

Bagaimana perasaan anda bila lagu-lagu anda mencapai kedudukan 10 terbaik
dalam carta Oricon? Bagaimana anda meraikannya?

Aimi: Saya masih ingat menerima banyak panggilan telefon dari keluarga dan rakan-rakan. Makin ramai orang mengunjungi laman web kami, dan kami berasa sangat teruja.

Adakah anda berasa tertekan untuk mencapai kedudukan ini? Adakah anda
melihat jumlah jualan anda?

Aimi: Kami memang berasa tertekan apabila kami menerbitkan "Namida no Mukou", tapi kini kami berasa kami dapat maju ke depan dan mengambil langkah seterusnya.

Shiho, anda telah memainkan dram untuk lagu YUI "Again". Adakah ia berbeza
berbanding bermain bersama Stereopony?

Shiho: Dengan Stereopony, kami selalu merakam dram dahulu, kemudian bass. Tapi dengan "Again" kami merakamkan dram bersama bass dan ia sesuatu yang menyeronokan dan menarik.

Dalam single anda "Hanbunko" anda memainkan semula lagu kumpulan Bivattchee.
Kenapa memilih lagu itu?

Aimi: Saya sangat teruja bila mendengar lagu mereka buat kali pertama. Kami tidak mahu memainkan semula sesuatu lagu begitu sahaja, dan ini membuatkan kami berfikir bagaimana untuk menzahirkan Stereopony melalui lagu ini, ia telah memaksa kami untuk mencabar diri kami secara positif.

Sejak single "Hanbunko", jaket cd anda telah berubah dari segi rekabentuk.
Siapa artis yang membuat rekaan ini dan bagaimana anda memulakan
kerjasama ini?

Aimi: Artis tersebut bernama Okonikk. Saya secara peribadi memang berhajat untuk memiliki jaket cd berbentuk ilustrasi.

Anda telah membuat persembahan kali pertama di USA pada 2009 di SXSW.
Bagaimana perasaan anda ketika itu?

Kami sangat gemuruh kerana ia adalah kali pertama kami melakukan persembahan di luar Jepun, tapi ia sangat menyeronokkan. Pengalaman itu sangat bermakna kepada Stereopony.

Dalam beberapa hari lagi anda akan membuat persembahan di AnimeNEXT. Adakah
anda mempunyai apa-apa harapan atau kerisauan terhadap penonton nanti?

Kami berasa sangat gemuruh tapi sangat teruja untuk membuat persembahan di Amerika semula!

Apa yang ingin anda lihat atau lakukan semasa berada di sana?
Kami mahu berjalan-jalan di sekitar konvensyen and bandar.

Di negara mana anda ingin membuat persembahan pada masa hadapan? Mengapa?
Kami akan ke mana-mana jika dijemput!

Adakah anda tahu ramai peminat luar Jepun mengikuti perkembangan anda?
Tidak sama sekali, dan kami masih tidak percaya! Terima kasih atas sokongan anda.

Anda sibuk dengan kerjaya anda tapi adakah anda mempunyai masa untuk pergi
menonton konsert di Jepun? Jika ya, artis mana?

Aimi: Saya suka menonton konsert, jadi saya cuba untuk pergi jika saya dijemput samada konsert kecil atau besar, atau jika artis itu di kenali atau tidak.
Shiho: saya sangat teruja bila menyaksikan konsert Boom Boom Satellite buat kali pertama.

Apakah impian paling besar anda untuk kerjaya anda?
Shiho: Hmmm, saya cuba untuk tidak meletakkan sebarang matlamat.
Aimi: Saya ingin membuat persembahan secara langsung selama mungkin.

Apa yang boleh kami harapkan dari Stereopony pada masa hadapan?
Kami akan membuat persembahan menjelajah Jepun bila kembali ke Jepun. Pengalaman kami di SXSW banyak mempengaruhi kami secara positif, jadi pengalaman di AnimeNEXT pasti memberi inspirasi yang hebat.

Apakah pesanan anda kepada pembaca kami?
Jutaan terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami, kami harap dapat kembali semula, sila kunjungi laman web kami serta lagu-lagu kai di iTunes!
Edited by amat_amit1, Aug 16 2011, 02:34 AM.
Posted Image
STEREOPONY, MAO!
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
ZetaBoards - Free Forum Hosting
Fully Featured & Customizable Free Forums
« Previous Topic · VGD Malaysia · Next Topic »
Add Reply